KBBA9

Rabu, 19 Oktober 2016

Aku, KBBA9 dan Sungai Lembing.

As salam..hai semua!
fuh.. setelah lama melayan segala penat lelah study,aku berjaya jugak tamatkan pengajian aku kat USM selama 3 tahun.. dia punya stress tak payah cakap. Rasa nak tercabut je kepala ni. Tapi Alhamdulillah.. bulan September lepas adalah yang paling best buat aku sebab dapat berehat sekejap dengan Team kembara KBBA9 a.k.a Kelab blogger Ben Ashaari ke Sungai lembing.. dan aku tak sabar nak story kat korang semua pengalaman aku kat sana.

Sebelum aku start bercerita..izinkan aku ucapkan ribuan terima kasih buat Xcape Resort Sungai Lembing sebab menjemput kitorang bermalam dekat resort dorang yang super duper best selama dua hari satu malam. heheheh...nah lukisan khas aku buat untuk team Xcape Resort..muahhh



Orait.. perjalanan kitorang ke Sungai lembing ni ambik masa sikit...hahaha.. sebab kitorang pergi naik transport sendiri dan tunggu geng-geng lain sampai. Kitorang gerak malam sebab tak nak bersesak dengan kenderaan kat jalan raya tu. Bila sampai je kat Pahang kitorang rehat kejap kat homestay yang kitorang sewa dan bergerak ke Xcape Resort Sungai Lembing awal pagi. Kitorang disambut ngan tourguide yang cukup mesra yang bernama Fied. Dan vroom...vroomm... mula la perjalanan kitorang melawat sungai lembing naik kenderaan 4x4..yehaaa!




First tempat aku dan team melawat ialah Muzium Sungai Lembing...haa.. sampai sini baru aku tau macam-macam hado kat Sungai Lembing ni...sejarah perlombongan dia dan macam-macam lagi okeh. Walaupun kampung belah ayah aku kat Pahang, tapi tak pernah pun pergi sini...so..aku teruja gila la..




Dalam muzium ni sempat la aku tangkap serba sedikit apa yang ada kat dalam tu..menceritakan perkembangan awal Sungai Lembing dan banyak barang lama yang pernah mereka gunakan suatu ketika dulu.. Untuk pengetahuan korang, Sungai lembing terkenal dengan aktiviti perlombongan..Famous Malaysia ni okehh.. haaa.. terkejut la bila dapat tahu Sungai lembing ni meriah gila dulu-dulu.Apa-apa pun, nasib baik la pergi ramai-ramai. Kalau tak mau tak balik aku duduk dalam muzium tu sebab banyak benda yang aku nak tahu pasal sejarah silam Sungai lembing ni.







Lepas melawat muzium...kitorang pergi ke next tour. Tin Mines heheheh... melawat Lombong bijih timah zaman dulu-dulu. Salah satu lombong yang terbesar kat Malaysia ni...







Time masuk dalam terowong ni.. kitorang kena naik sekejap train ke dalam lombong tu..macam dalam movie lak aku rasa. maklumla..ni first time masuk lombong tu...then kena jalan kaki sebab landasan train tu separuh jalan je. Dalam terowong tu pulak berangin je awal-awal..lepas tu macam biasa.. tah mana hilang angin yang kuat tu. Tapi walaupun tak berangin...kat dalam tu lembab dan sejuk. Tak boleh aku bayangkan macam mana orang zaman dulu bekerja. Sedikit sebanyak aku dapat la merasa suasana pelombong-pelombong bijih timah zaman dulu bekerja. Huh..gerenti sado-sado la dorang..hahaha..

Lepas puas melawat kawasan Tin Mines ni.. kitorang pergi pulak Jambatan gantung Kolong Pahat Sungai Lembing. Heh...kat sini la kita boleh tengok siapa gayat nak jalan kat jambatan gantung ni.. takde la seram mana pun..aku siap leh lompat-lompat berlari berkejaran seindah bunga di taman kat jambatan gantung ni...miahahahaha.



Tujuan team Xcape Resort bawak kitorang pergi sini bukan setakat sebab jambatan gantung ni je tau... ada sebab lain jugak...kat sini terkenal ngan biskut ngan taufu fa diorang. So team Xcape Resort nak bagi kitorang merasa la.. aku pulak suka tengok view kat sini.. macam pekan dalam anime jepun yang aku suka layan...(hahahaha...kalo dah nama pun otak katun..tak bleh lari la) bukan senang nak nampak view pekan macam ni ye.





Dah settle kat sini... apa lagi... gerak pergi ke tempat penginapan Xcape Resort..sememangnya benda yang aku tunggu-tunggu..well, kitorang semua tunggu-tunggu sebenarnya. Sebab masing-masing dah penat gila. Tapi letih macam mana pun..kalau dah seronok memang tak terasa sangat laa... hehe

Orait.. aku ingat nak sambung next entri la.. kang panjang berjela tak best pulak.. hehehe...jumpa lagi.

Terima kasih kat team Kbba9 untuk setengah gambar yang aku upload kat sini.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan